Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan permohonan dana sebanyak RM150,000, sembilan tahun lalu.<br /><br />Bagaimanapun tertuduh, Sarah Diana Michele Durai, 44 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Jason Juga.